sila la klik

Friday, August 28, 2009

NFO UNTUK
ORANG BUKAN ISLAM YANG TIDAK TAHU,
ORANG ISLAM YANG JAHIL @
SENGAJA MENJAHILKAN DIRI!@DAN PEMIMPIN UMNO DAN AHLI UMNO YANG SAH JAHIL..

SEBAT CARA ISLAM








SEBAT CARA SIVIL




Maklumat Ringkas:
SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.

AHHH SEKARANG YANG MANA ADIL......WAHAI PEMIMPIN UMNO......JGN PANDAI KOMEN KELAK....BINASA. .

Bukanlah sukar untuk mengenal siapa pengkhianat Melayu.

- Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu?

- Siapakah yang melacur pendidikan negara dengan pelaksanaan PPSMI yang membunuh potensi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?

- Siapakah yang menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta seperti didedahkan oleh hubaya tertentu?

- Siapakah yang menafikan hak masyarakat Melayu di negeri Kelantan dan Terengganu untuk memperolehi royalti petroleum sejak sekian lama?

- Siapakah yang memecat Almarhum Datuk Ishak Baharom yang menggazetkan fatwa pengharaman penyertaan orang Melayu di dalam Pertandingan Ratu Cantik Di Selangor satu ketika dahulu?

- Siapakah yang menyeleweng kuota masyarakat Melayu di dalam pengagihan kontrak-kontrak untuk kroni-kroni mereka semata?

- Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan Persempadanan Semula kawasan Pilihanraya yang mengecilkan undi Melayu untuk tujuan kepentingan politik mereka?

- Siapa pula yang satu ketika dahulu bermati-matian mahu menggugurkan nama Islam di dalam semua pertubuhan politik dan NGO satu ketika dahulu?

Soalan-soalan ini jika dijawab hanya akan disimpulkan dengan satu jawapan, iaitu Umno.

Lagi Pelik tapi Benar (aku jwb dalam tulisan berwarna biru)

1. Org melayu lagi dulu lagi mcm org arab. Susah nak bersatu. masing masing ada idealogi sendiri. tapi org CINA berlainan Ideologi akan bersatu bila org melayu dah berpecah. Hang semua tengok lah nanti. Sekarang Depa laga lagakan Melayu melayu yang bodoh bangang tak sedar diri.Hang jgn ingat DEPA kasihan kamu semua bila dpt memerintah. (awat tetiba hang keriau pasal MELAYU pulak ni? Dari dulu kini dan selamanya tak abis-abis cerita tu? Aku pun berketurunan MELAYU. Kat bawah ni aku sertakan beberapa petikan artikel drpd Pemimpin Ankatan Muda PKR dan juga sebait sajak drpd seorang rakyat biasa berketurunan MELAYU! Aku saja titipkannya untuk hang & kwn2 lain, itu pun kalau sudi nak baca sampai abis ler)

2. Ali Baba. Umno Pas PKR . Semua berniaga nak untung cepat dan ats angin aje.Hang tgk sendiri lah . Mcmana DEPA tekan kamu dalam niaga. Si Ali kena tunduk dan ikut je mcm Kerbau bila BABA arah. Itu dalam niaga.Bila DEPA memerintah mcmana. (bab ni yang aku paling seronok ni. Hang dok sembang pasal ‘konsep’ Ali Baba? Ni aku nak tanya sikit kat hang, siapa yang menyuburkan budaya Ali Baba ni? Pas ke? PKR ke? Hello ci abang, sesekali tu toleh2 ler ke belakang sejenak. Memang Pas wujud di Malaysia ni muda sikit jer drpd UMNO tapi depa tak pernah memerintah Malaysia dan sudah tentu ler bukan depa yang dok mengagih2kan kekayaan dan peluang perniagaan kepada para Ali Baba tu. PKR pulak? Parti tu baru jer wujud 10 tahun yang lalu. Bak kata pepatah MELAYU, ‘umur baru setahun jagung’ ler cik abang. Hang nak membebal pasal Ali Baba kat PAS & PKR ke? Hang nak buat lawak pagi Isnin ke ni?)

3. Melayu kalau Tgk melayu tak betul, cepat marah dan memberontak. . Tapi kalau DEPA cina buat mcmana pun melayu senyap mcm tikus.Dayus punya melayu dgn kaum sendiri berani. Hang tgk lah kalau melayu keje dgn Cina mcmana. (Jap, bagi aku gelak dulu… kah kah kah…kah kah kah… mana hang tau Cina sama Cina tak bertekak dan tak marah sesame mereka? Tu pasal ler sesekali tu kena gak baca media alternative dan tengok video alternative. Cuba ler hang tengok betul2 apa yang sedang berlaku antara PKR, PAS dan DAP sekarang ni? Tengok dengan mata hati dan minda yang terbuka. Orang lain aku tak tau ler, tapi aku sendiri pernah bekerja dengan orang Cina dan berkedudukan selesa. Kalau kaum / keturunan sendiri mundur jangan salahkan orang lain. Salahkan diri sendiri.)

4. Melayu kalau dah taksuf dgn Parti atau pemimpin, apa Ketua Bodoh cakap semua betul.Nik aziz kata mencarut, memaki pun Hang semua Diam dan Setuju dan Kata Betoi. Guna otk sikit Ketua bukan sema betoi. Dulu dia kata kalau undi org kafir kamu pun mcm kafir. Skrg dia kata undi org kafir utk keadilan kamu msk surga Undi BN msk neraka. Cuba kamu fikir Betoi ka tu. (Bab ni pun kelakar jugak ni… hang kata MELAYU taksub kepada pemimpin? Bagi aku gelak dulu.. kah kah kah… kah kah kah…Taksub ni ada dalam jiwa setiap manusia ler cik abang. MELAYU ke Cina ke India ke Inggeris ke Negro ke Arab ke…Kalau hang nak kata TGNA tu seorang yang bodoh, itu pilihan hang ler, aku tak nak ulas bab itu. Tapi bagi aku yang boleh baca AlQuran tapi tak tau bercakap bahasa Arab (ni aku ngaku kelemahan aku ler), aku terima dan percaya apa yang TGNA katakan tu. Sebabnya ialah bahasa AlQuran itu walaupun menggunakan bahasa Arab tetapi penyusunan ayat, pemilihan ayat dan perkataannya itu terlalu indah dan ‘simbolik’ yang hanya pakar2 bahasa Arab sahaja yang dapat menelah dan memahami maknanya. Sebagai contoh, Saiyidina Umar AlKhattab ialah seorang hartawan dan sasterawan Arab terkenal pada zaman itu, sangat terpesona dengan ayat-ayat ALLAH lantas meruntun jiwanya untuk memeluk Islam kerana belaiu tahu bahawa tidak mungkin ada seorang manusia yang mampu ‘membina’ ayat yang tersangat indah susunan dan pengertiannya!)

5. Kita msk masjid nak beribadah dan dgr ceramah Agama. Tapi jgn pulak berpolitik dan memaki dan menyumpah org. Org Islam dan betul betul islam tak mcm tu. Tapi org melayu je buat mcm tu. (Assalamu’alaikum Saudaraku, memang betul apa yang Saudaraku sebutkan itu. Hanya MELAYU yang berperangai sebegitu. Tetapi saya tidak tahulah samada Saudaraku sedar atau tidak bahawa Junjungan Besar kita, Rasulullah S.A.W. berpolitik dan mentadbir Negara Islam yang pertama di muka bumi ini iaitu Madinah AlMunawwarah mulai dalam masjid. Kerana apa wahai Saudaraku? Kerana Islam itu ialah Kehidupan. Islam itu Keselamatan. Islam itu ialah sebaik-baik tatacara mentadbir. Dari atas mimbarlah Baginda memberi peringatan samada peringatan yang lembut mahupun yang tegas / keras. Di dalam masjidlah dijalankan majlis2 usrah, tazkirah, kuliyyah dan sebagainya. Segala yang dirumuskan kemudiannya dibawa keluar dan diwar2kan kepada seluruh RAKYAT termasuklah Yahudi, Majusi dan Nasrani pada ketika itu. Sedarlah wahai Saudaraku, sesungguhnya kita tidak dapat lari dari politik. Samada hanya sebagai ahli parti tertentu atau hanya sebagai ‘PENGUNDI’ pada setiap kali PRU. Itupun jika Saudaraku turut sama menunaikan tanggungjawab sebagai warga MALYSIA!)